Assalammualaikum..
Sekarang dah nak masuk 2 minggu bercuti, so far so good.
Tapi.. sangat membosankan.. plan ambik lesen keta pun still tak gerak lagi.. arghh..stress pun ada..
Cuti berbaki sebulan lebih lagi. yaa.. aku bakal memasuki fasa akhir/semester akhir untuk pengajian aku nanti. Aku taklah hebat sangat. sekadar diploma dekat Politeknik kan.. but aku bersyukur sebab aku masih boleh sambung study even keputusan masa spm dulu membuatkan aku tak berpeluang masuk universiti yang aku inginkan.. kalaulah bukan kerana *peristiwa itu* yang membuatkan aku hampir putus asa.
biarlah.. orang kata apa yang dah lepas tu biarlah berlalu.. i need to move on.!
macam mana aku selepas habis study nanti?
benda ni sentiasa berada d fikiran.
sambung study?
kerja?
macam mana kalau aku lambat dapat kerja? business ???.
sukar kan?
Just a Story
Kata Kata Yang Seiring Dengan Hati Dan Minda.
Friday, 2 May 2014
Wednesday, 23 April 2014
TAMAT SEMESTER 5!
Assalammualaikum..
aku nak bagitau kat korang semua yang aku dah tamat semester 5.
fiuhhhh... Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana permudahkan aku untuk lalui semua dugaan semester ini. For now, teruskan berdoa untuk result final exam.. aku harap taklah turun pointer aku nanti..
Benda paling best, aku sekarang tengah menikmati cuti semester yang agak panjang sekali ( 1 bulan setengah lama ker??? ) dan aku tak tau apa-apa plan lagi. Pasal nak ambik lesen keta tu, aku pun tak tau bila nak start sebab mummy aku pun tak cakap apa-apa lagi.
Before cuti aritu aku ada cakap kat mummy aku:
Aku : Mummy, time cuti semester ni saya nak cari kerja.
Mum : Oh bagus sangat la tu. banyak kerja dalam rumah ni boleh dibuat.
Aku : -_- ???##&?
nampak tak... awal-awal lagi mummy aku dah tak izinkan. nak buat macam mana kan.. sabo je la... btw tak boring sangat pun time cuti ni sebab ada anak buah aku yang comel (seyes comel! nourel medina namanya) and 1 lagi my 2nd sister tak lama lagi akan bersalin, means aku la yang akan menjadi orang kuat di rumah untuk buat segala urusan dalam rumah ni nanti..
Tuesday, 15 April 2014
16 APRIL
Assalammualaikum uolls..
Dah lama tak update blog.. last update pun masa awal sem.. omaigad..
Hari ni adalah hari yang bersejarah buatku
Kenapa???
Sebab.. hari ini adalah tarikh lahir aku . | 16 APRIL |
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang Allah yang maha esa untuk bernafas di bumi ni..
guess what.. i'm turn to twenty one... hahaha... dah besar dah.. orang tua-tua cakap, umur macam ni dah layak kahwin.. kahwin???? InsyaAllah, ada rezeki naik pelamin lah nanti.. jangan risau aku akan jemput korang..hikhikhik...
whats new?
seperti biasa,aku masih meneruskan pembelajaran.. tapi part yang paling best sekarang aku tengah ambik final exam untuk semester 5.. lima paper dah lepas and tinggal dua paper akan menyusul... doakan aku berjaya ye..
untuk cuti semester ni pula, aku tak plan apa-apa lagi.. cuti pun hampir dua bulan.. tapi mummy aku ada cakap hari tu suruh aku ambil lesen kereta ( excited gila *_* ).. harap-harap la impian jadi kenyataan.. yelah ..sebab aku jeles tengok orang lain pandai bawa keta.. aku pula sentiasa jadi penumpang yang setia.. hahaha.. kalau balik kampung taklah aku minta adik or kakak hantarkan aku ke pekan.. kalau dah ada lesen boleh aku drive sendiri.. tak gitu?? hahaha
aku harap.. umur yang dah meningkat ni menjadikan aku semakin matang.. dapat dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik dan menjadi anak yang solehah. moga berjaya di dunia dan akhirat. amin.
Wednesday, 27 November 2013
Sem Baru.... Jyeahhh :)
Assalammualaikum..
Selamat petang.
Lega sebab pendaftaran untuk sem baru dah selesai.
syukur alhamdulillah sebab dapat tawaran kamsis lagi untuk sem ini. Agak konpius sedikit sebab masa mula-mula nak daftar nama aku takda dalam list kat papan pejabat kamsis. Sikit nak nangis. Yelah sebab cek dalam senarai dalam internet ada pula. Tak kisah la pasal tu, yang penting aku dah dapat kunci bilik.
Ni satu hal lagi.
masa nak tengok bilik , terkejut bila nampak satu katil tu dah patah. (*ganas juga penghuni sem lepas)
so aku call la daddy, minta tolong baiki katil tu. Ada juga lapor dengan pejabat kamsis tapi kesian tak dilayan. Kalau macam tu bagus aku yang bertindak sendiri kan.
Thanks to my dad.
Kuliah akan start 2 December 2013. Awal kan. Tak pe. Nasib semangat untuk study dah ada.
Untuk sem ni, ni lah subjek-subjek yang akan aku ambik :
1.Communicative English 3
2.Statistics
3.Principles of Economics
4.Civil Engineering Works
5.Building Woks Measurement 4
6.Contract Administration
7.Estimating 2
8.Principle of Management
Woohoooo.. takut pun ada.. harap-harap sem ni dapat naikkan pointer.
Amin.
Wednesday, 20 November 2013
Apa yang bakal mendatang
Assalammualaikum.
Nak mula dari mana??
Bila sudah lama tak menaip, tiap apa yang difikirkan sangat sukar untuk diluahkan. Kalau jawab soalan karangan Penulisan Bahasa Melayu, confirm tak lulus... hahaha..
# (saya rasa ayat saya dah tunggang langgang daa )
Apa yang pasti, Latihan Industri saya dah lepas.. guest what?? i got excellent result... Syukur Alhamdulillah. :)
The next step,
minggu depan (26 november 2013), pendaftaran untuk Sem 5 akan bermula.
Banyak yang difikirkan. Rasanya hanya tinggl setahun lagi saya perlu habiskan pengajian dalam Diploma Ukur Bahan ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku .
Ya. Tidak banyak masa lagi. Saya perlu lakukan sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Berharap sangat-sangat, cita-cita menjadi seorang Juru Ukur Bahan itu akan termakbul.
Doakan saya.

Saturday, 4 May 2013
ingin bercerita ...
Assalammualaikum.. hai uolllsss...
dah berbulan saya tak update blog ni kan.. sampai dah bersawang...
(sprayyyyyy~~~~).. hahhh hilang semua labah-labah.. uhuk uhuk uhuk... (maaf saya terbatuk dek habuk yang banyak..kuikuikui).. :)
sebelum ni memang nak update entry ni, tapi disebabkan oleh keadaan, terpaksa la tangguh.. ( kadang2 terlupa, sebab saya memang pelupa pon) hahahaa...
so sementara tunggu azan maghrib.. saya nak share sikit ... hmmm.. actually banyak yang nak taip tak tahu nak mula dari mana.. otak masih loading ni..ahahah.. almaklumlah dah lama tak update.. macam korangkan..hahha.. mestilah blur punyalah kalau dah lama tak update...hehe
perkara yang menarik sekarang ialah sudah 3 hari cuti semester bermula.. saya ulang sekali lagi CUTI SEMESTER.... hahha jeles?? hahhaha.... ni lah yang ditunggu-tunggu... tapi kan baru 3 hari saya dah rasa bosan ... huhuhu... yelaa.. sebab bkurung kat rumah je.. nak hangout pun kawan2 takda.. apa lah nasib...
dalam masa sebulan ni, rumah ni akan busy.. sangat busy!.. sebab my sister akan kahwin.. huhuhu.. dapat abang ipar sorang lagi la ni.. kalau korang ade baca entry tahun lepas, saya ada mention my second sister kahwin, but this time, first sister pula yang nak kahwin.. alhamdulillah... rasa macam saya pun nak kawin jugak lah..hahah ( berangan..excited la katakan)...hahhah... so harap2lah semuanya berjalan dengan lancar.. n harap sangat kali ni saya tak sakit macam majlis kahwin sebelum ni..
thats all ntuk kali ni.. azan dah pun.. selamat menjalankan ibadah solat yee ^_^
Friday, 1 March 2013
tangan mula menaip
assalammualaikum .. hai uoll..
dah lama saya tak update entry ni.. bukan main berhabuk lagi.. bau hapak segala... hahah (macam la boleh dihidu kan...hakhak )
saya?
alhamdulillah, sihat walafiat.. tapi satu perkara yang amat mengecewakan diri sendiri bila sekarang dah bertukar jadi lazy person.. omg... apa yang dah berlaku pada diri ni..Ya Allah, bantulah hamba mu ni untuk lebih bersemangat.. tidak tangguh-tangguh buat kerja... ntah la.. macam mana nak dapat keputusan yang cemerlng kalau badan liat sangat nak bertindak.. ohh tidakk.. ini tidak boleh jadii.. bahaya!!
hope mulai saat ni, mulai saat jari jemari ni ligat menaip entry ini, saya perlu betul2 berubah!.. WAJIB tauu... fighting!
keadaan sekeliling okay, rakan2 pun tak buat hal.. pendek kata semua okay laa, tapi about my relation dengan mr.cinta.. hoho.. agak privasi sikit.. tapi tulahh... kena tahan hati.. tulahh gatal sangat nak bercinta kan..hahha ,, takpe,,keadaan masih terkawal..no hard feeling.. saya okay je ngan dia.. mudah mudahan akan berkekalan hingga akhir hayat..amin..
woahhh.. ini menakutkan...
peperangan telah tercetus kat LD pagi tadii.. nasib baik juga sebab kawasan tempat tinggal sekarang jauh dari situ, tapi apa sedihnya, ada yang mati terkorban.. astagfirullah... mudah2an perkara ni dapat diselesaikan dengan segera.. takut pula kalau penceroboh bersenjata ni melarat sampai dekat area sini... Ya Allah, lindungilah kami..

Monday, 29 October 2012
Assalammualaikum..
......
......
.....
kali ni
benarkan aku untuk luahkan isi hati.. hati yang pernah sakit.. sakit yang tinggalkan parut... aku pun tidak tahu, mungkin parut itu terus bertanda disitu.. atau pun akan pudar oleh perasaan gembira yang merawatnya.
kali ini
aku gembira.. sesudah pulang dari kampung halaman.. pelan-pelan ia hilang. tertanam disitu.. aku bangkit semula, lupakan semua pahit yang membuatkan aku terseksa disini. kenangan yang gembira itu buat aku kuat.. membuatkan aku rasa bersyukur.
aku tersenyum.
keluarga tercinta masih tetap kukuh disitu. biar pun kurang bersua, tapi ikatan itu masih kuat. masih ada perasaan sayang. masih ada perasaan rindu. si dia yang tersayang, terima kasih kerana dia ada disisiku selalu. Maaf jika diri ini kurang sempurna. aku sayangkan hubungan ni. sayangkan dia yang di sana.
saat ini aku harus tabah. harus bersabar. penuhkan iman di dada.
aku berharap, orang2 disana menyanyangiku. mungkin adakalanya aku lemah, lemah untuk bertahan dengan kata2 yang setajam pedang. aku berharap mereka menerimaku dengan hati terbuka.
Friday, 12 October 2012
si hati yang menangis . . .
assalammualaikum..
hai you all..
sihat tak? saya kurang sihat sekarang ni, kena serang selsema... sabar je la.. ubat pun belum beli lagi... sengsara wey time nak tidor malam.. idung tersumbat.. kurang oksigen~~hahah
hmm..
nak luah pun payah...
orang tak tahu, disebalik senyuman ni ada kesedihan.. saya tahan perasaan tu..sakit sangat.. kalau mata menangis orang nampak, tapi bila hati menangis orang tak nampak kan..
sedih..
layan saya macam saya ni like i'm nothing. apa salah saya?
mungkin sekarang ni sedaya upaya untuk sabar, buat2 tak kisah, padahal dalam hati Allah saja yang tahu.
mungkin saya perlu diamkan diri. simpan dalam hati, dalam hati yang pada dasarnya sudah berkecai berai, nak tutup pun masih nampak.
mereka cakap, saya telan kata2 tu, biar sepahit mana pun.. mereka tak tahu, hati mana yang tak sakit bila diperlakukan seperti ini.
bila jauh dari keluarga, rasa ingin luah tapi takut jadi masalah..
rasa sepi. kosong.. perlukan seseorang yang betul2 faham.
saya cuma ada Allah, kawan2 dan dia.. tapi hanya dapat luahkan kepada yang pertama, luahkan tmpat yang kedua.. mereka takkan faham.. luahkan tempat ketiga.. syukur dia tetap bagi semangat..
Friday, 14 September 2012
random lagii
Assalammualaikum...
haii u all...
malam ni agak sunyi and memboringkan.. tetiba pla ada mood nak update blog ni.
dah lama saya tinggalkan..kesian :(
apa yang menarik untuk hari ni ialah, duke and duchess of cambrige (putera william n her wife kate middleton) datang melawat ke sabah.. woohoooo!.. hebat laa... yang saya dapat tahu kedatangan diorang telah di sambut di hotel shang ri la kota kinabalu,,,, tapi kecewa sebab tak dapat tengok face to face.. tengok dari gambar ja kate middleton tersangatlah gojesss! ayu gituu... ahaha...even tengok dari gambar ja, dia tersangat la perfect..ohmyy..nak tengokk picture dia tak??
japp ehhh..
tadaaaa~

nak lagii??? sabarr peminat..
kann...she is gojessss!
( benci benor nengok muka lelaki tu interframe -__-"..SHUHH2! tepi2!..hhahaha )
gambar prince william????
abaikan~ just nak picture princess kate... lawa sangat.....
creta dah habiss... bosannyaa.. c dia pun dah tido... awal dia tido hari ni..penat kot..xpa laa.. memandangkan selama 3 hari kami tak akan jumpa, harap he will be fine... n i will miss him.... ehehehhe....
tu je..
salam...
Subscribe to:
Posts (Atom)