Assalammualaikum..
......
......
.....
kali ni
benarkan aku untuk luahkan isi hati.. hati yang pernah sakit.. sakit yang tinggalkan parut... aku pun tidak tahu, mungkin parut itu terus bertanda disitu.. atau pun akan pudar oleh perasaan gembira yang merawatnya.
kali ini
aku gembira.. sesudah pulang dari kampung halaman.. pelan-pelan ia hilang. tertanam disitu.. aku bangkit semula, lupakan semua pahit yang membuatkan aku terseksa disini. kenangan yang gembira itu buat aku kuat.. membuatkan aku rasa bersyukur.
aku tersenyum.
keluarga tercinta masih tetap kukuh disitu. biar pun kurang bersua, tapi ikatan itu masih kuat. masih ada perasaan sayang. masih ada perasaan rindu. si dia yang tersayang, terima kasih kerana dia ada disisiku selalu. Maaf jika diri ini kurang sempurna. aku sayangkan hubungan ni. sayangkan dia yang di sana.
saat ini aku harus tabah. harus bersabar. penuhkan iman di dada.
aku berharap, orang2 disana menyanyangiku. mungkin adakalanya aku lemah, lemah untuk bertahan dengan kata2 yang setajam pedang. aku berharap mereka menerimaku dengan hati terbuka.