Powered By Blogger

Tuesday 25 October 2011

ANDAI LELAKI TAHU

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semstinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah sgalanya d'hatinya

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki tersebut

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaanya
tetapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki tersebut

lihat sahaja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh
tetapi percayalah semakin bertambah sayang pada seseorang
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku

andai lelaki tahu
apabila perempuan bercakap banyak dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas
tapi dia mahu mengenali anda dengan lebih dekat

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda,dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan perhatiaanya
kadang2 dia risau sekiranya terlalu percaya
kepercayaan yang diberi akan dikhianati

andai lelaki tahu
apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada2
dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah yang bertimbun
tetapi cukup dengan perhatian,yang boleh membuat perempuan rasa dihargai

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata dia merindukanmu
dia benar2 maksudkannya
apabila berjauhan,bayangan kamu sentiasa bermain dimata

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata lelaki itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata2nya,kerana dia ingin menguji kamu
dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik untuknya
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya
selagi dia denagn kamu,percayalah
dihatinya tetap kamu yang terbaik,walaupun masih ramai yang terbaik

andai lelaki tahu
apabila perempuan menjadi degil
dia tidak bermaksud untuk menjadi sedemikian
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya
percayalah......perempuan itu sangat lembut andai kena caranya
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata ''TOLONG TINGGALKAN SAYA''
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja
apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula
perempuan sukar untuk mengawal perasaan,dia terlalu emosianal
tapi dialah yang paling menyayangi anda
dia sangat sensetif dengan perubahan anda

andai lelaki tahu
sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri
tetapi akhirnya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan

No comments:

Post a Comment