Friday, 14 September 2012

random lagii

Assalammualaikum...

haii u all...
malam ni agak sunyi and memboringkan.. tetiba pla ada mood nak update blog ni.
dah lama saya tinggalkan..kesian :(

apa yang menarik untuk hari ni ialah, duke and duchess of cambrige (putera william n her wife kate middleton) datang melawat ke sabah.. woohoooo!.. hebat laa... yang saya dapat tahu kedatangan diorang telah di sambut di hotel shang ri la kota kinabalu,,,, tapi kecewa sebab tak dapat tengok face to face.. tengok dari gambar ja kate middleton tersangatlah gojesss! ayu gituu... ahaha...even tengok dari gambar ja, dia tersangat la perfect..ohmyy..nak tengokk picture dia tak??


japp ehhh..




tadaaaa~


nak lagii???  sabarr peminat..


kann...she is gojessss!

( benci benor nengok muka lelaki tu interframe -__-"..SHUHH2! tepi2!..hhahaha )

gambar prince william????
abaikan~ just nak picture princess kate... lawa sangat.....


creta dah habiss... bosannyaa.. c dia pun dah tido... awal dia tido hari ni..penat kot..xpa laa.. memandangkan selama 3 hari kami tak akan jumpa, harap he will be fine... n i will miss him.... ehehehhe....

tu je..
salam...



Sunday, 2 September 2012

masih mampu bersabar



assalammualaikum

okay. hari ni mood sedih. tersangat2 sedih.
saya tak pernah terfikir pun masalah ni boleh jadi sampai macam ni. kadang2 saya akan cakap pada diri sendiri, ini mungkin salah saya . eh bukan, MEMANG salah saya.
nampaknya saya perlu biasakan diri dengan keadaan. yang macam ni memang akan jadi macam ni.

dari dulu saya fikirkan benda ni.
apa kita perlu buat supaya orang tu terima kita ??? adakah saya ini berlabelkan orang yang terlalu rumit untuk diterima. seriously saya amat nantikan saat itu. mereka terima saya dengan seadanya. saya fikirkan benda ni sampai otak ni dah nak jamm. saya tahu, saya ni orang luar, orang baru yang kononnya ingin menjadi sebahagian dari mereka. saya tahu itu amat sukar . tapi saya akan terus menanti . selagi si dia masih perlukan saya, saya perlukan dia, saya sabar menunggu.

perampas. tidak sama sekali.
saya bukanlah orang yang tergamak sekali buat benda macam tu. saya faham keadaan. kamu perlukan dia sepertimana dia masih perlukan kamu semua. mungkin dalam hal ni saya sedar, mungkin masa2 yang telah berlalu, masa2 yang telah saya dan dia luangkan bsama2 buatkan kamu rasa disisihkan. saya minta maaf sangat2 pasal hal ni. mungkin saya terlepas pandang. tidak sedar akan semua ni. tapi percayalah, saya takkan ambil dia dari kamu. takkan pisahkan dia dari keluarga kamu. ikatan darah itu amat kuat, mana mampu diri ni untuk lakukan semua tu. tapi hati ini terdetik, ingin jadi sebahagian dari kamu.. sangat2 berharap. kamu sayangkan dia, begitu juga saya. dia sayangkan kamu, begitu juga dengan saya. bohong kalau saya cakap perasaan sayang terhadap keluarganya sendiri tu tidak ada. gembira rasanya bila jejakkan kaki ke rumah tu. mesti teringat keluarga yang jauh. tapi saya hampa, semuanya tu disalah erti.

air mata hampir kering.
fikiran terlalu bercampur aduk. kecewa, sedih, rasa bersalah dan macam2 lagi . saya tak boleh berhenti berfikir. dimana salahnya, dimana kurangnya. semuanya jadi persoalan. yang saya hanya mampu buat sekarang ni adalah terus bersabar. asam garam orang bercinta, begini lah. terlalu besar dugaannya kan.


p/s: minta maaf sangat2.