Wednesday, 27 November 2013

Sem Baru.... Jyeahhh :)



Assalammualaikum..

Selamat petang.
Lega sebab pendaftaran untuk sem baru dah selesai.
syukur alhamdulillah sebab dapat tawaran kamsis lagi untuk sem ini. Agak konpius sedikit sebab masa mula-mula nak daftar nama aku takda dalam list kat papan pejabat kamsis. Sikit nak nangis. Yelah sebab cek dalam senarai dalam internet ada pula. Tak kisah la pasal tu, yang penting aku dah dapat kunci bilik.

Ni satu hal lagi.
masa nak tengok bilik , terkejut bila nampak satu katil tu dah patah. (*ganas juga penghuni sem lepas)
so aku call la daddy, minta tolong baiki katil tu. Ada juga lapor dengan pejabat kamsis tapi kesian tak dilayan. Kalau macam tu bagus aku yang bertindak sendiri kan. 
Thanks to my dad.

Kuliah akan start 2 December 2013. Awal kan. Tak pe. Nasib semangat untuk study dah ada.

Untuk sem ni, ni lah subjek-subjek yang akan aku ambik :

1.Communicative English 3
2.Statistics
3.Principles of  Economics
4.Civil Engineering Works
5.Building Woks Measurement 4
6.Contract Administration
7.Estimating 2
8.Principle of  Management

Woohoooo.. takut pun ada.. harap-harap sem ni dapat naikkan pointer.
Amin.

Wednesday, 20 November 2013

Apa yang bakal mendatang

Assalammualaikum.


Nak mula dari mana??
Bila sudah lama tak menaip, tiap apa yang difikirkan sangat sukar untuk diluahkan. Kalau jawab soalan karangan Penulisan Bahasa Melayu, confirm tak lulus... hahaha..
# (saya rasa ayat saya dah tunggang langgang daa )

Apa yang pasti, Latihan Industri saya dah lepas.. guest what?? i got excellent result... Syukur Alhamdulillah. :)

The next step,
minggu depan (26 november 2013), pendaftaran untuk Sem 5 akan bermula.
Banyak yang difikirkan. Rasanya hanya tinggl setahun lagi saya perlu habiskan pengajian dalam Diploma Ukur Bahan ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku .

Ya. Tidak banyak masa lagi. Saya perlu lakukan sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Berharap sangat-sangat, cita-cita menjadi seorang Juru Ukur Bahan itu akan termakbul.

 Doakan saya.


Saturday, 4 May 2013

ingin bercerita ...



Assalammualaikum.. hai uolllsss...


dah berbulan saya tak update blog ni kan.. sampai dah bersawang...
(sprayyyyyy~~~~).. hahhh hilang semua labah-labah.. uhuk uhuk uhuk... (maaf saya terbatuk dek habuk yang banyak..kuikuikui).. :)



sebelum ni memang nak update entry ni, tapi disebabkan oleh keadaan, terpaksa la tangguh.. ( kadang2 terlupa, sebab saya memang pelupa pon) hahahaa...
so sementara tunggu azan maghrib.. saya nak share sikit ... hmmm.. actually banyak yang nak taip tak tahu nak mula dari mana.. otak masih loading ni..ahahah.. almaklumlah dah lama tak update.. macam korangkan..hahha.. mestilah blur punyalah kalau dah lama tak update...hehe


perkara yang menarik sekarang ialah sudah 3 hari cuti semester bermula.. saya ulang sekali lagi CUTI SEMESTER.... hahha jeles?? hahhaha.... ni lah yang ditunggu-tunggu... tapi kan baru 3 hari saya dah rasa bosan ... huhuhu... yelaa.. sebab bkurung kat rumah je.. nak hangout pun kawan2 takda.. apa lah nasib...

dalam masa sebulan ni, rumah ni akan busy.. sangat busy!..  sebab my sister akan kahwin.. huhuhu.. dapat abang ipar sorang lagi la ni.. kalau korang ade baca entry tahun lepas, saya ada mention my second sister kahwin, but this time, first sister pula yang nak kahwin.. alhamdulillah... rasa macam saya pun nak kawin jugak lah..hahah ( berangan..excited la katakan)...hahhah... so harap2lah semuanya berjalan dengan lancar.. n harap sangat kali ni saya tak sakit macam majlis kahwin sebelum ni.. 


thats all ntuk kali ni.. azan dah pun.. selamat menjalankan ibadah solat yee ^_^




Friday, 1 March 2013

tangan mula menaip

assalammualaikum .. hai uoll..


dah lama saya tak update entry ni.. bukan main berhabuk lagi.. bau hapak segala... hahah (macam la boleh dihidu kan...hakhak )

saya?
alhamdulillah, sihat walafiat.. tapi satu perkara yang amat mengecewakan diri sendiri bila sekarang dah bertukar jadi lazy person.. omg... apa yang dah berlaku pada diri ni..Ya Allah, bantulah hamba mu ni untuk lebih bersemangat.. tidak tangguh-tangguh buat kerja... ntah la.. macam mana nak dapat keputusan yang cemerlng kalau badan liat sangat nak bertindak.. ohh tidakk.. ini tidak boleh jadii.. bahaya!!


hope mulai saat ni, mulai saat jari jemari ni ligat menaip entry ini, saya perlu betul2 berubah!.. WAJIB tauu... fighting!


keadaan sekeliling okay, rakan2 pun tak buat hal.. pendek kata semua okay laa, tapi about my relation dengan mr.cinta.. hoho.. agak privasi sikit.. tapi tulahh... kena tahan hati.. tulahh gatal sangat nak bercinta kan..hahha ,, takpe,,keadaan masih terkawal..no hard feeling.. saya okay je ngan dia.. mudah mudahan akan berkekalan hingga akhir hayat..amin..


woahhh.. ini menakutkan...
peperangan telah tercetus kat LD pagi tadii.. nasib baik juga sebab kawasan tempat tinggal sekarang jauh dari situ, tapi apa sedihnya, ada yang mati terkorban.. astagfirullah... mudah2an perkara ni dapat diselesaikan dengan segera.. takut pula kalau penceroboh bersenjata ni melarat sampai dekat area sini... Ya Allah, lindungilah kami..