Friday, 2 May 2014

future?

Assalammualaikum..

Sekarang dah nak masuk 2 minggu bercuti, so far so good.
Tapi.. sangat membosankan.. plan ambik lesen keta pun still tak gerak lagi.. arghh..stress pun ada..

Cuti berbaki sebulan lebih lagi. yaa.. aku bakal memasuki fasa akhir/semester akhir untuk pengajian aku nanti. Aku taklah hebat sangat. sekadar diploma dekat Politeknik kan.. but aku bersyukur sebab aku masih boleh sambung study even keputusan masa spm dulu membuatkan aku tak berpeluang masuk universiti yang aku inginkan.. kalaulah bukan kerana *peristiwa itu* yang membuatkan aku hampir putus asa.

biarlah.. orang kata apa yang dah lepas tu biarlah berlalu.. i need to move on.!

macam mana aku selepas habis study nanti?
benda ni sentiasa berada d fikiran.
sambung study?
kerja?
macam mana kalau aku lambat dapat kerja? business ???.



sukar kan?


Wednesday, 23 April 2014

TAMAT SEMESTER 5!

Assalammualaikum..

aku nak bagitau kat korang semua yang aku dah tamat semester 5.
fiuhhhh... Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana permudahkan aku untuk lalui semua dugaan semester ini. For now, teruskan berdoa untuk result final exam.. aku harap taklah turun pointer aku nanti.. 


Benda paling best, aku sekarang tengah menikmati cuti semester yang agak panjang sekali ( 1 bulan setengah lama ker??? ) dan aku tak tau apa-apa plan lagi. Pasal nak ambik lesen keta tu, aku pun tak tau bila nak start sebab mummy aku pun tak cakap apa-apa lagi. 

Before cuti aritu aku ada cakap kat mummy aku:

Aku : Mummy, time cuti semester ni saya nak cari kerja.
Mum : Oh bagus sangat la tu. banyak  kerja dalam rumah ni boleh dibuat.
Aku : -_- ???##&?


nampak tak... awal-awal lagi mummy aku dah tak izinkan. nak buat macam mana kan.. sabo je la... btw tak boring sangat pun time cuti ni sebab ada anak buah aku yang comel (seyes comel! nourel medina namanya) and 1 lagi my 2nd sister tak lama lagi akan bersalin, means aku la yang akan menjadi orang kuat di rumah untuk buat segala urusan dalam rumah ni nanti.. 

Tuesday, 15 April 2014

16 APRIL



Assalammualaikum uolls..

Dah lama tak update blog..  last update pun masa awal sem.. omaigad.. 

Hari ni adalah hari yang bersejarah buatku

Kenapa???


Sebab.. hari ini adalah tarikh lahir aku . | 16 APRIL |
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang Allah yang maha esa untuk bernafas di bumi ni..
guess what.. i'm turn to twenty one... hahaha...  dah besar dah.. orang tua-tua cakap, umur macam ni dah layak kahwin.. kahwin???? InsyaAllah, ada rezeki naik pelamin lah nanti.. jangan risau aku akan jemput korang..hikhikhik... 


whats new?
seperti biasa,aku masih meneruskan pembelajaran.. tapi part yang paling best sekarang aku tengah ambik final exam untuk semester 5.. lima paper dah lepas and tinggal dua paper akan menyusul... doakan aku berjaya ye..

untuk cuti semester ni pula, aku tak plan apa-apa lagi.. cuti pun hampir dua bulan.. tapi mummy aku ada cakap hari tu suruh aku ambil lesen kereta ( excited gila *_* ).. harap-harap la impian jadi kenyataan.. yelah ..sebab aku jeles tengok orang lain pandai bawa keta.. aku pula sentiasa jadi penumpang yang setia.. hahaha.. kalau balik kampung taklah aku minta adik or kakak hantarkan aku ke pekan.. kalau dah ada lesen boleh aku drive sendiri.. tak gitu?? hahaha


aku harap.. umur yang dah meningkat ni menjadikan aku semakin matang.. dapat dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik dan menjadi anak yang solehah. moga berjaya di dunia dan akhirat. amin.