Powered By Blogger

Sunday 15 July 2012

kadang kadang saya rasa macam ni



aku melangkah pergi biarpun terpaksa
aku ikutkan kata hati
dan tubuh mulai gementar 
namun pedih aku teruskan saja.
dia...
kenapa harus ada dia di antara kita?
aku tahu dia cuma kawan biasa
tapi caranya berbeza
hingga hati ini kau calarkan akhirnya.
pedih..
sakit...
mungkin lebih baik kiranya aku yang mengundur diri.
aku terpaksa
aku menangis
mungkin hati ini akan tertutup
kau juga tahu itu.


dgubah dr: kerna terpaksa-frans


assalammualaikum..
hmmm.. hati ni bertukar kejiwangan pula malam ni. jom share :| kisah si remaja

kamu tahu kan setiap orang yang melalui zaman percintaan pasti akan rasa perih, sakit hati, kecewa dan sewaktu dengannya ( okay kita cerita tentang yang menyakitkan.)  macam kisah saya, dah banyak kali rasa macam tu. mungkin my past relationship tidak berjaya. takde jodoh la katakan. biar pun dah banyak kali.. ( 3 kali je kot)...  tapi tak semestinya orang itu dah lali disakitkan hati. ( dah namanya hati manusiakan?)... 

kita selalu berfikir siapa yang bersalah.. si lelaki or c perempuan? selalunya 60 % orang akan cakap disebabkan oleh si lelaki. ok saya bukanlah nak back up pompuan but ini just jangkaan je. tapi ada kebenarannya kan? lebih2 lagi dengan isu curang. kita tau la di muka bumi ini bilangan pompuan lebih banyak daripada lelaki. tapi adakah ini menjadi greenlight untuk lelaki bercouple@ curang daripada 1? bagi saya la kan, saya pun tak suka kalau kekasih saya buat macam tu dekat saya. yelah.. hati pompuan, siapa yang mahu.

untuk relationship saya dengan si dia sekarang ni.. evrythings is under control. saya bersyukur itu. sangat :). alhamdulillah~ selalunya orang akan kata, "aahh biasa la tu baru bercouple, tengah hangat bercinta la katakan, confirm 2 3 bulan break.".. (korang tak baik cakap macam ni..doakan la untuk mereka..entah2 korang kot yang mendoakan yang tak baik
untuk diorang...kantoi!)..hahaha..jodoh itu di tangan Allah, so siapa korang untuk cakap macam tu. diorang dah berusaha nak kekalkan hubungan tu. hehe :)


jelous?. mungkin saya tergolong dalam kalangan ini. si pencemburu yang tidak suka kekasihnya melayan orang lebih2 apa lagi kalau orang itu seorang wanita. (tak termasuk family ok).. saya yakin dengan kekasih saya cuma kadang2 takut kalau dia sendiri tersilap langkah dalam melayan orang. e2 pun kalau orang tu pompuan. macam yang saya cakap "mungkin cuma teman biasa tapi caranya berbeza hingga buat hatiku tercalar ".saya tahu dia pun rasa yang sama seperti mana yang saya rasakan kalau saya yang buat macam tu. kalau korang cakap korang tak kisah macam aiman tak kisah, confirm perasaan korang tak la serius sangat dengan si dia. orang yang terlalu sayang dengan kekasih mereka sentiasa akan ada perasaan takut. bukannya takut hantu ke apa. ini takut kalau disakiti, dikhianati, dikecewakan, ditinggalkan dan sewaktu dengan. saya akui. semua ini ada di minda saya terutama jika pernah merasa apa itu sakit kerana cinta. 


peluang? dalam my past relationship, benda ni yang saya terlalu bermurah hati bagi dengan diorang. ini peluang untuk memperbaiki diri mereka. saya bukanlah memilih. bukan. cuma apa yang saya mahukan mereka bersungguh2 dalam hubungan tu. wanita itu kuat memendam. suka sangat bagi peluang dengan boifren diorang. mereka sangat sayang and that why kenapa 'peluang' itu sentiasa ada. tapi apa yang sangat menyakitkan hati bila peluang itu disiakan. mungkin mereka akan cakap mereka tidak sedar akan kesilapan mereka. tapi bagaimana pula kalau sudah banyak kali perkara yang sama berulang. wanita itu akan fade up juga akhirnya. there is a limitation. i know there is no such of perfect man, but please do what ur woman diserve. 


kadang2 saya berfikir. kenapa kita tidak tahu lebih awal siapa jodoh kita. tapi saya sedar kalau kita tahu siapa jodoh kita lebih awal, itu akan buat kita lebih takut. apa yang kita perlu buat hanyalah berdoa untuk bertemu dengan jodoh yang baik. tapi bagi saya pula, hubungan yang ada sekarang ni buatkan saya bersyukur. apa yang saya harapkan hubungan ni akan berkekalan. even masih terlalu jauh perjalanan, tidak salah mendoakan terbaik untuk hubungan ni, kan? harap dia sentiasa dalam keadaan sihat, gembira disamping keluarga, dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. amin. 














Thursday 12 July 2012

random

Assalammualaikum

hai. salam jumaat.
korang buat apa?
saya tengah makan nasi ayam dalam tapau sambil tangan tangan kanan ni sibuk taip untuk entri hari ini.
hahaha ( bertebiat betol!..huhu).. yelaaa..dah namanya makan tengahari kan. biasa la, budak hostel la katakan. nak pi makan kat cafe pun takde teman. makan dalam tapau ok apa..hehehe...

bosan sangat, taktau nak buat apa. petang ni saya balik ranau. esok ada kenduri kat rumah so terpaksa turun kk nak kena cari keta balik ranau. so before masuk waktu zuhur, tak ada apa2 nak buat.. ni la kerja saya tadi.




<a href="http://www.mybannermaker.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/Fd3AD.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br>Copy this code to your website to display this banner!<br><textarea cols="40" rows="2"><a href="http://www.mybannermaker.com" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/Fd3AD.gif" alt='Create your own banner at mybannermaker.com!' border=0 /></a><br></textarea>



macam orang lain punya blog, saya ni pun teringin la juga buatkan satu banner untuk saya. bukannya apa pon sebab gara2 bosan ni la hasilnya. takda idea langsung nak hias banner ni..asalkan ada cukup. hehe


so sekarang dah masuk waktu. saya out dulu..adios..



sem baru

Hai :)


Alhamdulillah..selamat juga sampai kat polikk.
yang mengecewakan bila blok kamsis saya sudah bertukar ke blok yang lagi jauh.


Blok A ----> Blok G  ( fuhhhh...penat nak bejalan)
so untuk sem ini , disini la tempat saya tinggal.. (Blok G).. syukur sebab masih boleh stay kat kamsis kan... biar pun agak jauh tapi untung siapa yang dapat kamsis.


lepas je pendaftaran pengajian, pendaftaran untuk kamsis pula. yang memenatkan bila terpaksa turun naik turun tangga angkat barang2. nasib la barang tak banyak sangat macam sem lepas.. biasa la kan, budak baru mesti segala gala pun nak di angkut macam dah nak pindah rumah.
hahaha... sem ni tak lagi~


memang seksa. apa tidak bila saya terpaksa tunggu roomate saya balik hostel. disebabkan kunci bilik tu hanya ada satu, so terpaksa la roomate saya tu pergi duplicate kunci bilik tu. ada la jugak keluar kejap ngan kengkawan. bila balik kamsis je. roomate still belum balik lagi. tunggu punya tunggu dah nak dekat pukul 9 malam baru kunci sampai. itu pun adik sepupu dia yang hantar kunci tu. roomate saya ada gak bagitau kereta yang dorang pakai tu rosak tengah jalan. dugaan dugaan~ apa2 pun sekarang ni semua dah settle. barang2 pun dah susun kemas. weeee... 
tapi malam tadi saya tak boleh tidur lena wo. tak tau la kenapa maybe sebab first time tidur sengsorang di tempat baru setelah sekian lama tak tidur macam ni kot... haha..(panjangnyee ayat saya kan? hahahaha.. ) lagi2 roomate tak balik semalam. takotttnyee~ tapi alhamdulillah takde apa2 yang berlaku. 


 untuk hari ni, lepas je daftar modul untuk sem ni, saya keluar lagi... hahahaa..(with him) ... memang best.. sebab dah lama tak jumpa. ada la jugak tengok wayang.. tajuk movie tu the amazing spiderman.. alaa yang movie baru release tuu~..hahha.. sakit jantung tngok cerita tu..hahah.. macam nak angkat kaki naik kerusi pula.. terkejut saya!.. hahaha





hahhh.. ini diaa~~~

cerita spiderman kali ni pula kira nak bagitau la macam mana boleh ada labah2 yang boleh buat orang tu sehingga boleh jadi luar biasa. kalau kita ingat masa tengok first movie spiderman, tiba2 je ada sang labah2 merayap kat belakang leher si peter parker spiderman 1# ( tobey maguire ).
hahhh..dalam movie ni la depa bagi faham kat kita macam mana boleh ada labah2 tu.. dah habis tengok baru la tau rupa2nya labah2 tu labah2 yang telah diujikaji oleh seorang saintis terkenal. saya taknak la cerita panjang2.. baik korang pegi tengok sendiri.. tapi memang best laa.. lagi2 pelakon yang pegang watak peter paker ni pula hensem orangya..hahaha ( boleh laaa~~)..



like diz yo like diz!... hahaha



beza spiderman yang dulu dan sekarang.. yang mana lagi hang suko???
 teeheee~

sorry to say tapi yang spiderman lama macam skema jew.. awat gituu??  (tanya sama pengarah nye)..








Monday 9 July 2012

1 day to go :)

assalammulaikum~












weeeee~~~~~
happy doh. kenapa ?
esok dah nak balik poli. saya nervous tauu . HAHA!
but a little bit sad sebab terpaksa tinggalkan rumah ini. yala.. siapa yang tak sedih kan.. dah la 2 bulan duduk kat rumah ni. mesti rindu segala gala. tapi nak buat macam mana, perjuang mesti diteruskan..aisehh.


so apa yang saya patut lakukan hari .. nak packing semua barang2.. (macam nak pindah rumah pulakk dahh)..haha... basuh semua cadar2, selimut and segala gala la yang patut disumbat dalam mesin basuh tu..hahaha .. dah bau hapak sebab dah dua bulan dalam almari tu.. kalau bergatal kang . saya juga yang susah..kan? 




wahh! excitednya saye~..hahaa... mikirayau (mintapuji)
siapa yang tak rindu dengan buku2, class and kawan2 .. tapi kira ok la tu sebab tersimpan juga masa untuk rindu dorang dalam masa 2bulan ni.. hahaa.. apa2 pun hope this same i'll will do more .. wish me luck k .. tak mau lagi last2 minit baru study ( yala tuu~ ).. maybe sem 3 nanti polikk akan ditutup. korang ada dengar pasal ni?? hahh siapa yang ada baca news tu tau la kan? saya pun tak pasti lagi sebab pihak kementrian takut sebab keadaan bangunan kat poli sekarang amat membahayakan pelajar.. omomomooo... cuba korang bayangkan, tengah syok2 study bangunan runtuh.. gilaa!!! (sungguh tinggi imaginasi aku)... apa2 pun, harap bangunan2 tu masih boleh bertahan.. alamatnya terpaksa pindah poli lain laa.. yang saya tahu sekarang ni ada 3 buah poli je yang menawarkan bidang yang saya ambik ni.. guess what? ukur bahan!...teehee~




okay hari ni kena ready semua barang2, so esok pagi taklah rushing sangat. lagi pun saya kena bertolak awal subuh lagi sebab nak kna sampai kat sna before jam 8.. apa taknya, perjumpaan dengan P.A jam 8 pagi... apa pasal la poli ni menyusahkan betul?? ( ish ish ish.. saya tak baikk)..
nak kena tidur awal juga ni.. so sorry kepada "en.c" kalau tak angkat call you k.. huhuhu... (saya tahu awak memahami.. excited saya)...hahaa... harap semua berjalan dengan lancar... Aminn~




p/s : thanks to my mummy and daddy sebab tolong hantarkan saya esok.. jyeahhhh!




just sharing,
ayie.







Sunday 8 July 2012

sakit

hai korang :)



dah berapa hari tak saya tak update blog kan.
untuk entri kali ini .. urmm,,, err.... hmmmm..... sebenarnya saya agak lemah sekarang ni.. 
disebabkan oleh ini .....


GASTRIC!

Seingat saya, dah nak hampir 10 tahun hidap penyakit ni. tak tau la kenapa. mungkin disebabkan keturunan?? haha.. teda siapa pun tahu... tapi yang penting gastric ni buatkan saya jadi lemah.  
memang tak sah  kalau dalam masa 6 bulan tak kena penyakit ni.. setiap tahun kena hadapi sakit ni.  saya bukannya tak jaga kesihatan atau makan minum. yang peliknya saya pun makan macam orang lain juga. haha

now, i lost my appetite.. makan tidak makan paksa masuk dalam mulut..haha.. kalau tak makin tambah parah. ubat Gaviscon tu pun macam buat perut ni makin tambah teruk je.. "Ya Allah, sembuhkan la hamba mu ini.".. masih ingat masa sem lalu dekat hostel, tetiba ja jatuh lantai pengsan.. kaki pun rasa cram. tapi apa boleh buat.. penyakit ni dah menyerang. 


puasa pun dah nak dekat. ni yang buatkan saya makin tambah risau. mudah2an penyakit ni sembuh..  mesti korang yang hidap penyakit macam saya ni pun rasa apa yang saya rasa kan??
my dad cakap, gastric ni boleh jadi teruk dan bertukar jadi ulcer dalam perut ( luka dalam perut).. kalau dah kena tahap macam ni, memang sengsara la.. kalau xsilap sampai terpaksa ditahan kat hospital.. memang menakutkan la.. saya harap saya dapat sembuhkan penyakit ni... memang payah kalau 6 bulan , satu atau dua kali diserang sakit ni... dah la tak bagi signal... haha.... apa2 pun, saya perlu bjumpa dengan doktor dan rawat penyakit ni sebelum bertambah teruk.. doakan saya k.. :)



sayang,
ayie

Tuesday 3 July 2012

keseorangan

assalammualaikum..







sepanjang bercuti dua bulan ni.. tiap2 hari akan rasa macam ni... keseorangan di rumah.. bukannya tinggal seorang cuma mummy ngan daddy kerja, adik adik pula pegi sekolah, kakak2 yang lain semua tinggal jauh..hmm tinggal saya seorang diri dalam rumah yang sederhana besar ini... apa lagi kerja seharian tetap sama.. mengemas rumah, mencuci pakaian, masak , lipat kain dan segala galanya la umpama diri ini bagai seorang suri rumah sepenuh masa... eheheh... 


sejak kebelakangan ni, saya selalu online dekat dapur ni.. ntah lah..malas nak angkut laptop ni naik turun bawah kot...hahhh kan bagus letak atas meja makan ni saja... save tenaga...hahaha... kalau dah siap semua kerja mula la tangan dan muka ini hadap lappy ni...SUMPAH! memang rasa bosan..hari2 rasa macam ni..ntah rasa apa2 ntah... time online pun dah tak rasa apa2 yang best. sama je tiap tiap hari cuma blog ini saja yang akan berubah itu pun kalau lah di'update.. benda yang bantu hilang rasa bosan saya pula. hah apa lagi korean drama la.. sepa suka tengok korean drama sila angkat kaki...hahah.... laman ni yang saya slalu terjah untuk tumpang tengok drama korea .sila klik sini atau sini klik lagi ..terima kasih kepada admin laman ini..haha..korang terbaikk... tapi slalunya saya akan tengok laman yang pertama tu... sekarang ni dalam usaha menghabiskan drama i do, i do... memang best la cerita ni... baguih korang tengok..konfem adicted...hahhaa... ( nanti jadi macam saya..haha)... selain tengok drama korea secara online, selalunya saya sambung tengok drama korea kat channel 393.. tajuk dia a simple heart, miss ahjumma dan love you a thousands times... ketiga tiga drama ni kalau tengok memang menyakitkan hati..apa tidaknya . ada watak2 yang menyakitkan hati betul.. biarpun ia cuma cerita yang tak wujud dalam realiti tapi saya macam nak tarik2 je rambut pelakon tuu!  ( fuhhh.. inilah dia kaki drama korea yang feeling habiss)...  tapi c en.<3 selalu cakap kaki k-pop... manada ow....aigooo...

tengkiu juga kepada c en. <3 sebab sudi temankan saya berborak even hanya melalui texting mesej. memang best la ada dia. hahaha... dan satu lagi saya akui diri ini memang rindukan dia.. masa sem lepas kita banyak hangout sama.. yang paling best bila dapat tengok wayang, main bowling sama sama... hahah ingat lagi bila saya menang time lawan main bowling, tak sangka pula. saya ni bukannya terer main pon. inikan pula orang baru belajar main benda ni. nasib kot.. apa apa pun bila dah dapat jumpa semula harap dapat luangkan masa sama2 . yang paling penting study jangan abaikan. terima kasih sangat2 sebab sentiasa ada untuk saya..ILYSM.

so memandangkan hari ini saya berpuasa. tak banyak kerja sangat yang saya buat. just cuci kain, kemas rumah and masak. rasa badan pula lemah semacam, apa tidaknya. saya tak sahur time subuh tadi. saya mesti tahan. alaa..tinggal brapa jam lagi pon... sorry la kalau yang saya masak tu kurang rasa..almaklumlah.. orang berpuasa.. hahaha...alasann!...kejap lagi ada tugas yang perlu saya laksanakan..esesehh..rasa macam agen penyiasat pulakk daa. actually saya nak buat puding pisang bakar.. sabar je la..biasa la tu kalau orang tengah berpuasa semua pun teringin nak makan..kredit to my daddy sebab sponser bahan2 nak buat puding ni... korang nak??? xpe nanti saya post untuk korang ye..hahha...okay sampai sini saja...



love.
ayie

Sunday 1 July 2012

ia semakin dekat ... ohmy~

assalammualaikum sume~
sihat ke? saya sihat alhamdulillah...





okay.. JULY di atas bukan saya maksudkan sesiapa, bukan maksudkan jenama barang dan sewaktu dengannya..BUT i talk about this MONTH..!...omg...sampai dah bulan yang ditunggu-tunggu.. saya makin bertambah nervous.. i dah nak kahwenn...hahah   (haha saya tipuu korang).. actually tinggal seminggu lagi dah nak sambung study balik.. saya sangat teruja okay... (macam first time pulak nak pegi blajar)... semua dah settle.. slip pengajian, slip e-enrol pelajar, and result pun semua dah print... (en.<3 punya skali)..huhu... so 11 JULAI nanti dah nak masuk mendaftar untuk sem 2. tak sabar nak study balik memandang otak ini sudah berkarat sebab dah 2 bulan tak study... lepas ni nak proses balik pelajaran... 

hmm.. untuk sem baru ni.. saya harap dapat buat yang terbaik untuk exam and perbanyakkan aktiviti.. rasa2nya macam nak join rakan pustaka .. and then nak masuk pembimbing rakan sebaya.. almaklumlah sem lalu saya agak pemalas sedikit nak melibatkan diri dengan benda macam ni... hope apa yang saya rancang ni dapat dijalankan dengan lancar..hohoho...
  

syukur dapat kamsis untuk sem ni... taklah susah2 nak cari rumah sewa and kena rushing pegi class...huhu...siapa la agaknya gerangan roomate baru nanti?? i hope that kami akan SERASI...susah weh bila kita sebilik dengan yang kera sumbang... (aku taknakkk!!)... harap juga dia seorang yang pembersih.. 
( taknak aku dengan yang suka buat bilik jadi tongkang pecahh).. harap kami akan jadi partner bilik yang friendly gituu..."

 Ya Allah.. permudahkan semua untuk ku dan bantulah aku agar dapat menerima seadanya"

kalau nak dikira, almost 9 days lagi nak mendaftar.. mudah2an selamat sampai ke kota kinabalu nanti.. soal orang yang nak hantar pula, hope sangat daddy dapat tolong hantarkan.. kalau dad ada meeting masa tu payah la juga...harap2 dad akan free masa tu...Amin~... hahhhh..lupa pla... barang2 pun nak prepare juga.. rancang hari rabu minggu depan nak pegi pekan beli barang apa yang patut dulu and then ambik baju kat kedai jahit... (mak cik... dah siap ke baju tu????).... hahh ni la ni yang payah ni.. penah skali dulu masa nak ambik kain pada hari yang mak cik tu dah tetapkan... rupanya tak siap lagi.. kalau jadi lagi skali macam ni.. saya pun dah tak tau nak buat apa... aigoo... korang nak temankan saya tak?? haha.. ingatkan nak bawa kawan saya tapi hari persekolahan pula masa tuu... nak pegi dengan siapa eh?? ( saya ni kalau jalan sorang2 pandai jadi blurr).. hahaha... apa2 pun,semoga semuanya berjalan dengan lancar...  amin..