Powered By Blogger

Sunday 15 July 2012

kadang kadang saya rasa macam ni



aku melangkah pergi biarpun terpaksa
aku ikutkan kata hati
dan tubuh mulai gementar 
namun pedih aku teruskan saja.
dia...
kenapa harus ada dia di antara kita?
aku tahu dia cuma kawan biasa
tapi caranya berbeza
hingga hati ini kau calarkan akhirnya.
pedih..
sakit...
mungkin lebih baik kiranya aku yang mengundur diri.
aku terpaksa
aku menangis
mungkin hati ini akan tertutup
kau juga tahu itu.


dgubah dr: kerna terpaksa-frans


assalammualaikum..
hmmm.. hati ni bertukar kejiwangan pula malam ni. jom share :| kisah si remaja

kamu tahu kan setiap orang yang melalui zaman percintaan pasti akan rasa perih, sakit hati, kecewa dan sewaktu dengannya ( okay kita cerita tentang yang menyakitkan.)  macam kisah saya, dah banyak kali rasa macam tu. mungkin my past relationship tidak berjaya. takde jodoh la katakan. biar pun dah banyak kali.. ( 3 kali je kot)...  tapi tak semestinya orang itu dah lali disakitkan hati. ( dah namanya hati manusiakan?)... 

kita selalu berfikir siapa yang bersalah.. si lelaki or c perempuan? selalunya 60 % orang akan cakap disebabkan oleh si lelaki. ok saya bukanlah nak back up pompuan but ini just jangkaan je. tapi ada kebenarannya kan? lebih2 lagi dengan isu curang. kita tau la di muka bumi ini bilangan pompuan lebih banyak daripada lelaki. tapi adakah ini menjadi greenlight untuk lelaki bercouple@ curang daripada 1? bagi saya la kan, saya pun tak suka kalau kekasih saya buat macam tu dekat saya. yelah.. hati pompuan, siapa yang mahu.

untuk relationship saya dengan si dia sekarang ni.. evrythings is under control. saya bersyukur itu. sangat :). alhamdulillah~ selalunya orang akan kata, "aahh biasa la tu baru bercouple, tengah hangat bercinta la katakan, confirm 2 3 bulan break.".. (korang tak baik cakap macam ni..doakan la untuk mereka..entah2 korang kot yang mendoakan yang tak baik
untuk diorang...kantoi!)..hahaha..jodoh itu di tangan Allah, so siapa korang untuk cakap macam tu. diorang dah berusaha nak kekalkan hubungan tu. hehe :)


jelous?. mungkin saya tergolong dalam kalangan ini. si pencemburu yang tidak suka kekasihnya melayan orang lebih2 apa lagi kalau orang itu seorang wanita. (tak termasuk family ok).. saya yakin dengan kekasih saya cuma kadang2 takut kalau dia sendiri tersilap langkah dalam melayan orang. e2 pun kalau orang tu pompuan. macam yang saya cakap "mungkin cuma teman biasa tapi caranya berbeza hingga buat hatiku tercalar ".saya tahu dia pun rasa yang sama seperti mana yang saya rasakan kalau saya yang buat macam tu. kalau korang cakap korang tak kisah macam aiman tak kisah, confirm perasaan korang tak la serius sangat dengan si dia. orang yang terlalu sayang dengan kekasih mereka sentiasa akan ada perasaan takut. bukannya takut hantu ke apa. ini takut kalau disakiti, dikhianati, dikecewakan, ditinggalkan dan sewaktu dengan. saya akui. semua ini ada di minda saya terutama jika pernah merasa apa itu sakit kerana cinta. 


peluang? dalam my past relationship, benda ni yang saya terlalu bermurah hati bagi dengan diorang. ini peluang untuk memperbaiki diri mereka. saya bukanlah memilih. bukan. cuma apa yang saya mahukan mereka bersungguh2 dalam hubungan tu. wanita itu kuat memendam. suka sangat bagi peluang dengan boifren diorang. mereka sangat sayang and that why kenapa 'peluang' itu sentiasa ada. tapi apa yang sangat menyakitkan hati bila peluang itu disiakan. mungkin mereka akan cakap mereka tidak sedar akan kesilapan mereka. tapi bagaimana pula kalau sudah banyak kali perkara yang sama berulang. wanita itu akan fade up juga akhirnya. there is a limitation. i know there is no such of perfect man, but please do what ur woman diserve. 


kadang2 saya berfikir. kenapa kita tidak tahu lebih awal siapa jodoh kita. tapi saya sedar kalau kita tahu siapa jodoh kita lebih awal, itu akan buat kita lebih takut. apa yang kita perlu buat hanyalah berdoa untuk bertemu dengan jodoh yang baik. tapi bagi saya pula, hubungan yang ada sekarang ni buatkan saya bersyukur. apa yang saya harapkan hubungan ni akan berkekalan. even masih terlalu jauh perjalanan, tidak salah mendoakan terbaik untuk hubungan ni, kan? harap dia sentiasa dalam keadaan sihat, gembira disamping keluarga, dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. amin. 














No comments:

Post a Comment