Wednesday, 27 November 2013

Sem Baru.... Jyeahhh :)



Assalammualaikum..

Selamat petang.
Lega sebab pendaftaran untuk sem baru dah selesai.
syukur alhamdulillah sebab dapat tawaran kamsis lagi untuk sem ini. Agak konpius sedikit sebab masa mula-mula nak daftar nama aku takda dalam list kat papan pejabat kamsis. Sikit nak nangis. Yelah sebab cek dalam senarai dalam internet ada pula. Tak kisah la pasal tu, yang penting aku dah dapat kunci bilik.

Ni satu hal lagi.
masa nak tengok bilik , terkejut bila nampak satu katil tu dah patah. (*ganas juga penghuni sem lepas)
so aku call la daddy, minta tolong baiki katil tu. Ada juga lapor dengan pejabat kamsis tapi kesian tak dilayan. Kalau macam tu bagus aku yang bertindak sendiri kan. 
Thanks to my dad.

Kuliah akan start 2 December 2013. Awal kan. Tak pe. Nasib semangat untuk study dah ada.

Untuk sem ni, ni lah subjek-subjek yang akan aku ambik :

1.Communicative English 3
2.Statistics
3.Principles of  Economics
4.Civil Engineering Works
5.Building Woks Measurement 4
6.Contract Administration
7.Estimating 2
8.Principle of  Management

Woohoooo.. takut pun ada.. harap-harap sem ni dapat naikkan pointer.
Amin.

Wednesday, 20 November 2013

Apa yang bakal mendatang

Assalammualaikum.


Nak mula dari mana??
Bila sudah lama tak menaip, tiap apa yang difikirkan sangat sukar untuk diluahkan. Kalau jawab soalan karangan Penulisan Bahasa Melayu, confirm tak lulus... hahaha..
# (saya rasa ayat saya dah tunggang langgang daa )

Apa yang pasti, Latihan Industri saya dah lepas.. guest what?? i got excellent result... Syukur Alhamdulillah. :)

The next step,
minggu depan (26 november 2013), pendaftaran untuk Sem 5 akan bermula.
Banyak yang difikirkan. Rasanya hanya tinggl setahun lagi saya perlu habiskan pengajian dalam Diploma Ukur Bahan ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku .

Ya. Tidak banyak masa lagi. Saya perlu lakukan sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Berharap sangat-sangat, cita-cita menjadi seorang Juru Ukur Bahan itu akan termakbul.

 Doakan saya.