Powered By Blogger

Sunday 12 August 2012

jatuh cinta berkali-kali, boleh?

assalammualaikum...

haaiii! saya nak update lagi.
pejam celik pejam celik tinggal seminggu lagi nak puasa.. means raya pun dah nak dekatlah kan? yeahhhhh!
baju raya saya dah siap. korang? ( ni namanya mintapuji!)... hahhaha.. alaa korang yang dah beli yang siap jahit diam2 ja kan? hehehe... saya just nak bagi korang ja.. jeles ke tak jeles? ahahahah...
yeah~yeah~ minggu depan dah nak raya.. (budak ini excited lebih, posa pun belom habis)




saya jatuh cinta lagi. serius.
balik2 dia buat saya jatuh cinta.
pandangan dia, lesung pipi yang timbul bila dia senyum (oh itu tersangatlah comel~) , cara dia, kasih sayang dia,manja dia, cinta dia... arghhhh...
dia buat saya gila! sangat tergila-gilakan dia. ini  tidak adil tahu!
tapi saya SUKA:) ..

sebab

awak buat saya rasa dihargai. awak buat saya rasa selamat. awak buat saya rasa saya tak boleh hidup tanpa awak. hati ini awak dah gari, awak kunci dengan cinta awak..n then saya pun tak tahu nak buka macam mana. tapi saya lebih suka kalau awak tak lepaskan saya..

awak.....
before kita start relationship, awak sedar tak.. kita rapat.. kemana saja pergi mesti kita berdua..bukan la semua but certain.. apakah itu petanda? tapi kita tak sedarkan?.. abaikan lah... at least sekarang ikatan tu sudah ada..:)

awak....
first time awak jemput datang rumah dengan kawan2, saya segan sangat.. malu pun ada.. tapi saya tipu saya tak datang kan? hehehe.. sorry sangat2 k.. tapi bila awak tahu saya datang, bila nampak senyuman yang lahir  dari bibir awak.. saya pun ikut gembira. tak tahu kenapa. masa tu relation kita masih baru lagi kan.tapi
beberapa bulan lepas tu, saya makin sayang awak.. dan ofcourse perasaan cinta tu makin kuat..
semakin lama, rasa takut kehilangan tu makin ada.. sumpah! saya takut kehilangan awak. dan saya juga takut kalau saya ni just persinggahan awak je. saya tak mahu macam tu. trauma itu masih ada. saya tak nak ia berulang lagi.

awak.....
ingat lagi tak kita tengok wayang sama2, makan sama2, study sama2 n banyak lagi. itu adalah memori indah saya bersama awak. awak selalu buat saya gembira, selalu buat saya ketawa dengan cerita lawak awak, hahaha... saya pun dah tak tahu nak cakap apa. saya mampu katakan ni, saya bahagia bersama awak.

awak...
terima kasih sebab sudi kenalkan family awak dengan saya.dan jemput saya berbuka puasa di rumah. bagi saya itu ada satu perkara yang buat saya rasa "oh hubungan akan dapat pergi lebih jauh"... saya selalu berfikir, mahu ke family awak terima saya? saya harap sangat kalau saya diterima oleh family awak. semakin lama bersama awak, saya semakin rasa family awak, family saya juga. bohong kalau saya tak mengaku perasaan sayang itu sudah timbul. ya.. saya memang sayang family awak. mama, kakak n adik awak layan saya dengan baik.. itu yang saya harapkan. dan itu yang buat saya rasa lega berada disamping awak..

awak....
saya tahu awak tak kenal sangat family saya. insyaallah, lambat laun awak akan kenal juga. itu janji saya.
hubungan ni masih muda. itu saya tahu. tapi saya yakin, kita dapat kekalkan hubungan ni. macam yang awak cakap, kalau kita mencintai n menyayangi seseorang itu dengan ikhlas, insyaallah hubungan ni akan berkekalan. saya nak awak tahu, saya IKHLAS. harap awak pun macam tu. terlalu banyak yang sudah kita rancang kan. apa yang perlu, jangan pernah putus utuk berdoa k. awak ada cakap, kita kena trust antara satu sama lain. saya memang percayakan awak. tapi saya tak mahu awak sia2kan kepercayaan tu.

awak...
saya cemburu. memang itu tak boleh dielak dan dinafikan. tak boleh. tapi saya kawal perasaan tu.. tak kisah lah bekas scandal or kawan baik (perempuan), kalau awak layan lebih dan salah langkah, saya yakin awak tentu tahu apa akan berlaku. saya macam awak juga, tapi saya berusaha elakkan semua tu demi awak.. saya tahu lelaki yang cemburu itu lagi bahaya. saya taknak awak rasa semua tu. saya takut kalau perasaan awak akan hilang.

awak...
kalau awak baca post ni, saya nak awak tahu, saya tak pernah berhenti rindukan awak, cintakan awak n sayangkan awak.. kita memang tak tahu apa yang akan berlaku selepas ni tapi saya tanamkan dalam hati dan fikiran ni, yakin bahawa hubungan ni akan berkekalan.. saya pegang janji awak. saya tahu awak juga serius untuk hubungan ni, saya sangat berharap, kita dapat habiskan study dan berkerjay.. saya berdoa agar dapat jadi pelengkap kepada tulang rusuk awak, dapat menjadi makmum awak, dan dapat menjaga awak... kita jaga hubungan ni sma2 k :)






No comments:

Post a Comment